• aduan@mdsb.com
  • Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Utama / FAQ

Soalan Lazim (FAQ)

| Soalan Lazim

Jawapan kepada Pertanyaan Anda

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai tempahan dewan, stadium, dan dataran di Majlis Daerah Sabak Bernam. Klik pada soalan untuk melihat jawapan terperinci. Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami melalui laman hubungi kami.

Bagaimana cara membuat tempahan dewan atau kemudahan lain?

Untuk membuat tempahan, sila layari laman web kami dan klik pada butang "Tempah Sekarang" di menu utama. Anda akan diarahkan ke sistem tempahan dalam talian di mana anda boleh memilih kemudahan, tarikh, dan masa yang dikehendaki. Pastikan anda mendaftar akaun dan melengkapkan pembayaran untuk mengesahkan tempahan.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tempahan?

Anda perlu menyediakan salinan kad pengenalan, surat rasmi permohonan (jika berkaitan), dan bukti pembayaran. Untuk organisasi, sila sertakan surat kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan. Semua dokumen boleh dimuat naik melalui sistem tempahan dalam talian.

Bolehkah saya membatalkan tempahan dan mendapatkan bayaran balik?

Pembatalan boleh dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh tempahan dengan menghubungi pihak Majlis melalui e-mel (aduan@mdsb.gov.my) atau telefon (03-3224 1655). Bayaran balik akan diproses mengikut polisi pembatalan, tertakluk kepada yuran pentadbiran sebanyak 10% daripada jumlah bayaran.

Adakah kemudahan seperti dewan dilengkapi dengan peralatan tambahan?

Kebanyakan dewan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kerusi, meja, dan sistem bunyi. Peralatan tambahan seperti projektor atau mikrofon boleh disewa dengan caj tambahan. Sila nyatakan keperluan anda semasa membuat tempahan.

Syarat syarat Tempahan Dewan

1. Permohonan penyewaan kemudahan dan peralatan bagi Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, NGO dan lain – lain
hendaklah dikemukakan selewat - lewatnya 14 HARI awal dari tarikh penggunaan. Permohonan yang lewat tidak
akan dipertimbangkan. Walau bagaimana pun MDSB boleh memepertimbangkan permohonan yang lewat jika
penggunaanya untuk kepentingan awam dan dari Arahan Rasmi Kerajaan.

2. Pemohon yang menyewa kemudahan dan peralatan MDSB juga hendaklah menjelaskan kesemua bayaran sebelum
tarikh penggunaan. SEKIRANYA BAYARAN DIBUAT MELALUI PESANAN KERAJAAN(L/O), PIHAK PENYEWA DI MINTA
MENYERAHKAN PESANAN KERAJAAN (L/O) TERSEBUT KE KAUNTER TEMPAHAN SEWAAN KEMUDAHAN AWAM DALAM
TEMPOH SELEWATNYA 3 HARI SEBELUM TARIKH PENGGUNAAN. Kegagalan menyerahkan dokumen tersebut boleh
menyebabkan penyewa tidak dibenarkan memasuki ke dalam permis berkenaan.

3. Pemohon yang membuat pembayaran secara TUNAI hendaklah menjelaskan bayaran komitmen sewaan terlebih
dahulu ke kaunter pembayaran MDSB sebagai tanda persetujuan bagi tempahan yang telah dilakukan. Setelah itu,
Pihak Jabatan baru akan memproses permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh bayaran dijelaskan.

4. Walau dalam keadaan apa juga sekalipun pihak MDSB boleh membatalkan mana – mana kelulusan
penggunaan kemudahan dan peralatan yang telah diberikan samada telah atau belum dijelaskan bayaran sewaan
tanpa notis atau memberikan apa – apa sebab sekiranya pembatalan itu perlu dilakukan untuk kepentingan awam
atau kepentingan MDSB. [Contoh : Penempatan mangsa banjir/ bencana alam/ arahan rasmi kerajaan]

5. Sekiranya pihak MDSB membatalkan kelulusan permohonan penyewaan kemudahan dan peralatan yang telah
diberikan , pihak MDSB akan mengembalikan bayaran penyewaan yang telah dijelaskan oleh pihak pemohon
sepenuhnya dan tiada apa — apa bayaran gantirugi yang boleh dituntut oleh pihak pemohon .

6. Pemohon penyewaan kemudahan dan peralatan MDSB boleh memohon untuk membatalkan kelulusan sewaan
yang telah diberikan (melalui surat rasmi) dalam masa 14 hari sebelum tarikh penyewaan. Pihak MDSB tidak akan
membuat pemulangan Caj Komitmen Sewaan daripada bayaran sewaan yang telah dijelaskan.

7. Waktu penyewaan adalah ditetapkan mengikut jam dan kadar bayaran yang dinyatakan dalam kelulusan
dan sebarang lebihan masa penyewaan atau persiapan akan dikenakan denda / bayaran tambahan mengikut jam.
Masa Persiapan yang dibenarkan hanya : (7.00 pagi – 5.00 petang) : [Sehari sebelum majlis]
** Mengikut tempoh masa persiapan yang dimohon semasa bayaran.
** Persiapan Waktu Malam TIDAK DIBENARKAN.
** DENDA MASA TAMBAHAN : RM80.00 setiap 1 jam seterusnya.
- Cagaran akan ditolak bagi penambahan tempoh masa persiapan / kerosakan / gagal mematuhi syarat yang
ditetapkan.

8. Pemohon hendaklah menyusun dan mengemas sendiri peralatan program / pelamin yang disewa daripada pihak
luar yang berada di atas pentas / di dalam & luar dewan sebelum dan selepas penggunaan. Sebarang kehilangan
dan kerosakan tidak akan ditanggung oleh pihak MDSB.

9. Semua bangunan dan persekitarannya adalah kawasan LARANGAN MEROKOK.

10. Pemohon adalah DILARANG membawa keluar sebarang peralatan daripada mana-mana premis yang
disewa dari pihak MDSB tanpa kebenaran atau memindahkan apa-apa kemudahan dan peralatan daripada tempat
yang diluluskan untuk penyewaan ke tempat lain tanpa kebenaran.

11. Pemohon adalah DILARANG untuk menjalankan aktiviti memasak di dalam dewan, stadium atau mana-mana
gelanggang dan kawasan persekitarannya tanpa kelulusan pihak MDSB.

12. Katerer yang dibawa oleh pemohon DILARANG sama sekali untuk membersihkan/membasuh semua
peralatan/perkakasan yang telah digunakan selepas majlis berkenaan seperti pinggan mangkuk, gelas/cawan,
periuk dan sebagainya di dewan tersebut. Caj akan dikemukan/cagaran akan ditolak.

Memastikan peralatan seperti kerusi/meja atau apa-apa peralatan mempunyai perlindungan pad / bahan anti-slip
bagi memastikan lantai tidak rosak atau calar.

13. Sebarang hidangan makanan yang TIDAK HALAL , Minuman Keras dan juga sebarang jenis haiwan peliharaan
adalah DILARANG samasekali di bawa ke dalam mana-mana premis yang disewa.

14. Pemohon bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan harta benda dan kemudahan yang disediakan.
Sebarang kerosakan yang berlaku semasa waktu penggunaan adalah menjadi tanggungjawab pihak pemohon
untuk mengganti atau membaikinya dan jika kerja-kerja pembaikan diuruskan oleh pihak Jabatan ini, maka urusan
pembayaran akan ditolak dari bayaran cagaran pemohon.

15. Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas berdasarkan kesesuaian dan budi bicara Pihak
MDSB dan penyewa tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat oleh
pihak MDSB.