- Tempahan & Bayaran Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh
penggunaan dewan. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas
pengesahan tempahan. Kadar sewaan berbeza mengikut jenis aktiviti, tempoh penggunaan dan kategori
pemohon (kerajaan / swasta / individu).
- Pembatalan tempahan perlu dimaklumkan secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum
tarikh penggunaan. Bayaran tidak akan dikembalikan bagi pembatalan kurang daripada 7 hari sebelum
tarikh penggunaan, kecuali atas sebab munasabah dan diluluskan oleh pihak pengurusan.
Dengan membuat tempahan, pemohon dianggap telah membaca, memahami,
dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.